Isnin, 21 September 2015

Tempat Percutian Menarik Di Kuching Sarawak




TAMAN NEGARA GUNUNG GADING, LUNDU, SARAWAK

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. 

Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.



DAMAI CENTRAL KUCHING

 

Damai Central yang kini menjadi antara tarikan pelancong untuk datang ke kawasan Santubong dan Damai, terletak di sebelah Kampung Budaya Sarawak.
Setakat ini, tidak ada bayaran masuk dikenakan terhadap pengunjung ke Damai Central yang terletak antara Pusat Peranginan Pantai Damai dan Pusat Peranginan Damai Puri. 
Sebelum ini hanya pelanggan hotel dibenarkan berjalan-jalan atau mandi-manda di Pantai Damai kerana ia adalah milik hotel.
Kemudahan itu turut menyediakan tempat makan dan minum dengan harga berpatutan.

Terbaru, pengunjung juga boleh menyewa basikal (RM12 sejam) untuk bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut.
 


Selain gerai makanan, ia turut menyediakan restoran makanan laut, pub, spa dan kedai menjual cenderamata.
Ia turut mempunyai sebuah bilik persidangan yang mampu memuatkan 80 orang, panggung udara dengan kapasiti 200 orang, dan kawasan lapang yang dapat menampung ratusan meja makan.
Di sebalik kemudahan itu semua, apa yang penting ialah pengunjung bakal pulang dengan minda dan jiwa yang tenang kerana kepuasan diperolehi menerusi pemandangan dan udara pantai yang menyegarkan.
Mungkin ini tempat yang dicari oleh pasangan sedang bercinta?

Jumaat, 11 September 2015

SEKOLAH AMANAH

Syukur Alhamdulillah.... tahun 2015 merupakan tahun kelima sekolah kami melayari Program Sekolah Amanah... Pelbagai suka duka ditempuhi oleh warga sekolah samada warga guru mahupun warga pelajar. Sekolah kami merupakan kumpulan Kohort Pertama di Malaysia yang terpilih mengikuti program ini.


Jumaat, 10 Julai 2015

Lesson Observation (Trust School Programme)




Khamis 28.8.2015 (Topik : Pantulan)

Terima kasih kepada semua pelajar 2A yang dikasihi dan disayangi. Hari ini adalah kepuasan cikgu mengajar. Pelajaran kita telah diselia oleh barisan Penasihat Guru (Advisory Teacher) di bawah Program Sekolah Amanah untuk kali terakhirnya setelah lima tahun mengharungi suka duka program ini.

Pelajar-pelajar sangat berdikari dan mampu menjadikan cikgu hanya sebagai fasilitator, bukannya guru sepenuhnya mengajar seperti dulu. Inilah yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan hari ini. Pelajar-pelajar cikgu sangat ikhlas dalam belajar dan inilah yang akan menjadikan apa yang kita belajar hari ini berkat. Alhamdulillah....cikgu sayang anda semua.

Wanita Itu Indah